Aluan

"Selamat menduduki exam yang bakal tiba nanti.
semoga persiapan untuk menduduki exam telah dilaksanakan.

Friday, January 29, 2010

Latihan Imbuhan Men

isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

menampal menegah memunggah menempah
menyudu memungut mengukur menyemak
menguji memarang

1. Peperiksaan itu diadakan untuk ___________ kebolehan murid-murid.

2. Abang saya__________ majalah Dewan Pelajar daripada Dewan Bahasa
dan Pustaka.

3. Mereka sedang __________ sebuah peti ais dari lori.

4. Dia _________ poster itu pada papan kenyataan.

5. Puan Minah __________ anaknya betmain di tepi jalan raya.

6. Mereka sedang __________ keluasan tanah lapang itu.

7. Pihak sekolah __________ derma untuk membantu murid yang malang itu.

8. Cikgu Osman __________ buku kerja kami setiap hari.

9. Ibu sedang __________ nasi dari periuk nasi.

10. Ayah _________ besi itu sehingga licin.

Awalan men

Makna Awalan men-
Awalan men- mempunyai beberapa makna,iaitu:

(a) melakukan perbuatan....
membantu = melakukan perbuatan bantu
mengambil = melakukan perbuatan ambil

(b) menjadi seperti....
membatu = menjadi seperti batu
menikus = menjadi seperti tikus

(c) pergi ke....
menyeberang = pergi ke seberang
mendarat = pergi ke darat

(d) memasang... di / pada...
memagar = memasang pagar di...
mengalas = memasang alas pada....

(e) menjadi...
menguning = menjadi kuning
membesar = menjadi besar

(f) melakukan kerja dengan menggunakan....
mencangkul = melakukan kerja dengan menggunakan cangkul
mengetam = melakukan kerja dengan menggunakan ketam

(g) membuat...
melemang = membuat lemang
menyambal = membuat sambal

(h) mengeluarkan bunyi...
mengaum = mengeluarkan bunyi "aum"
mengiau = mengeluarkan bunyi "iau"

Awalan Pen..

Makna Awalan pen-

Awalan pen- mempunyai beberapa makna,iaitu:
(a) orang yang men...
pembunuh = orang yang membunuh
pengarang = orang yang mengarang

(b) orang yang suka atau selalu....
pendiam = orang yang suka/selalu diam
penidur = orang yang suka/selalu tidur

(c)orang yang bersifat....
peramah = orang yang bersifat ramah
penakut = orang yang bersifat takut

(d)alat atau sesuatu yang digunakan untuk men....
pembakar = alat untuk membakar
pemukul = alat untuk memukul

(e)sesuatu yang menyebabkan jadi....
pengdingin = sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
pengasih = sesuatu yang menyebabkan jadi kasih

Thursday, January 28, 2010

Kata adjektif

LATIHAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah

2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang

3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut

6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin

7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok

Kata Hubung

LATIHAN 1 KATA HUBUNG

1. Sebelum tidur,dia minum segelas teh (tetapi,ketika,atau) secawan susu.

2. (Sebelum,Walaupun,Sejak) ke pejabat,dia membaca surat khabar.

3. Roslan akan naik darah (jika,atau,agar) kamu mengganggunya.

4. Dia membasuh tangan (serta,manakala,lalu) bersarapan.

5. Dia tidak sempat menjawab soalan itu (tetapi,sementara,kerana) masa sudah suntuk.

6.Kamu boleh ke situ dengan bas (manakala,atau,sambil) teksi.

7. Mereka membaca buku dengan senyap (melainkan,sebelum,serta) guru mereka memasuki bilik darjah.

8. Kami membaca buku cerita (manakala,agar,sementara) menunggu bas tiba.

9. (Sungguhpun,Sambil,Tentang) badannya kurang sihat,dia masih pergi bekerja.

10. Bangunan itu akan siap dibina pada bulan ini (dan,atau,serta) bulan depan.

Tanda Baca

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.(A) Saya lebih suka membaca,
(B) Saya lebih suka membaca:
(C) Saya lebih suka membaca.
(D) Saya lebih suka membaca?

2.(A) Kata Kakak,"Jangan usik adikmu."
(B) Kata kakak,"Jangan usik adikmu."
(C) Kata kakak."Jangan usik adikmu."
(D) Kata kakak:"Jangan usik adikmu."

3.(A) Ceh!orang yang tidak tahu malu,
(B) Ceh,orang yang tidak tahu malu.
(C) Ceh,orang yang tidak tahu malu?
(D) Ceh,Orang yang tidak tahu malu!

4.(A) Encik Lim sekaya Encik Lee.
(B) Encik lim sekaya Encik lee.
(C) Encik Lim sekaya encik Lee.
(D) Encik Lim sekaya Encik Lee!

5.(A) "Mengapakah kamu menangis:" tanya Ali kepada adiknya.
(B) "Mengapakah kamu menangis," Tanya Ali kepada adiknya.
(C) "Mengapakah kamu menangis?" tanya Ali kepada adiknya.
(D) "Mengapakah kamu menangis." tanya Ali kepada adiknya.

6.(A) Keempat-empat anak Hashim masih bersekolah.
(B) Keempat empat anak Hashim, masih bersekolah.
(C) Keempat-empat anak Hashim, masih bersekolah.
(D) Keempat-empat anak hashim masih bersekolah?

7.(A) Malaysia mengeksport kayu kayan seperti kayu meranti, cengal, dan merbau ke luar negeri.
(B) Malaysia mengeksport kayu-kayan seperti, kayu meranti, cengal, dan merbau ke luar negeri.
(C) Malaysia mengeksport kayu kayan seperti kayu Meranti, Cengal dan Merbau ke luar negeri.
(D) Malaysia mengeksport kayu-kayan seperti kayu meranti, cengal dan merbau ke luar negeri.

8.(A) Pada hemat saya buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi.
(B) Pada hemat saya, Buku Pedoman Bahasa ini bermutu tinggi.
(C) Pada hemat saya, buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi.
(D) Pada hemat saya; buku pedoman bahasa ini bermutu tinggi.

9.(A) Mary dan adiknya bekerja di Bank rakyat.
(B) Mary dan adiknya bekerja di Bank Rakyat.
(C) Mary dan adiknya bekerja di bank rakyat.
(D) Mary dan Adiknya bekerja di Bank Rakyat.

10.(A) tolong, tolong, jerit budak itu.
(B) "tolong, tolong,"jerit budak itu.
(C) "Tolong, tolong,"jerit budak itu.
(D) "Tolong! Tolong!"jerit budak itu.

Wednesday, January 27, 2010

Simpulan Bahasa

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
baik sangka anak angkat angkat kaki alas perut

bahasa dalam bekas tangan cabut nyawa

durian runtuh mencari jalan beri muka

1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.

2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.

3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................

4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................

5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.

6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.

7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.

8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.

9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................

10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................